Wednesday 27 July 2011

Resepi


Ayam Percik Daun Cekur

 
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong 4
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
8 helai daun cekur - dihiris
2 batang serai - dititik
3 cawan santan pekat
1 cawan susu sejat
1 sudu besar tepung beras
1 kiub pati ayam
4 sm isi cekur - dihiris nipis
Sedikit garam dan gula
Bahan-bahan untuk dikisar:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sm halia
3 sudu besar cili

Cara menyediakan:
1. Lumurkan ayam dengan separuh daripada bahan yang telah dikisar. Perapkan seketika.
2. Masukkan ayam dan kesemua bahan kecuali susu sejat ke dalam periuk.
3. Masak di atas api yang sederhana hingga kuahnya mendidih.
4. Kacau sekali-sekala agar santan tidak pecah minyak. Masak hingga ayam separuh masak.
5. Tambahkan susu sejat dan biarkan kuah mendidih sekali lagi hingga pekat.
6. Keluarkan ayam, letakkan ke dalam dulang pembakar.
7. Tuangkan kuah di atas ayam dan bakar atau panggang hingga ayam masak.
8. Siramkan kuah lagi sedikit demi sedikit hingga ayam bersalut kuah.
9. Tinggalkan sedikit kuah untuk disiramkan di atas ayam semasa dihidangkan.

No comments:

Post a Comment